Program Komuniti – Sambutan Hari Raya Tadika An-Najah Chalil
13 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniProgram Komuniti merupakan satu program yang dijalankan di sekolah tadika An-Najah Kesedar chalil bersama murid-murid, ibu bapa serta Ahli jawatankuasa tadika. Seramai 46 orang peserta terlibat dalam program ini. 21 orang adalah pelajar sekolah tadika dan selebihnya adalah belia dan ibu bapa. Program ini adalah penghargaan kepada ibu bapa serta AJK tadika kerana sentiasa menyokong dan turut serta dalam acara yang dilakukan di tadika.
Pusat Internet merupakan salah satu Ahli jawatankuasa untuk tadika An-najah yang mana selalu terlibat dalam program advokasi seperti klik dengan bijak dan “interaktif learning” untuk pelajar-pelajar tadika. Selain itu juga, secara tidak lansung, memberi pendedahan kepada ibu bapa pelajar mengenai kepentigan ICT kepada anak mereka pada peringkat awal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: